Catatan

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan yang biasa, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala sesuatu organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi berlaku.   Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembanga...

KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar menjadi salah satu pelengkap untuk membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini mampu membantu pelajar meningkatkan daya rangsangan ketika belajar. Pelbagai bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar, bukan sahaja buku teks, gambar-gambar atau papan hitam malah terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai kebaikannya tersendiri bagi pelajar dan guru. Kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat merangsang minda pelajar untuk belajar. Di sekolah penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar memang tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah penggunaan buku teks ini mampu merangsang minda para pelajar. Hal ini kerana, di dalam buku teks terlalu banyak kandungan ayat sehingga boleh menimbulkan rasa bosan dalam di...

KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK

Keselamatan Tajuk ini akan membincang dengan mendalam tentang keselamatan kanak-kanak prasekolah. Tumpuan ialah beberapa jenis keselematan seperti keselamatan bangunan, keselamatan dalam bilik darjah, keselamatan luar bilik darjah, keselamatan barang permainan dan keselamatan diri. Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia. Penubuhan sesuatu prasekolah (sama ada tas...

KESIHATAN UNTUK KANAK-KANAK

Imej
Bab 1: Pengenalan  Pendekatan holistik memperlihatkan kanak-kanak secara holistik yang merupakan individu yang sihat, mendapat makanan yang mencukupi dan seimbang, dan selamat daripada apa jua kecederaan.  Kesihatan ialah kesejahteraan seseorang yang meliputi aspek fizikal, mental dan sosial dan tidak terhad kepada ketiadaan penyakit atau keuzuran.  Para pendidik dan ibu bapa mesti menentukan bahawa keadaan sekeliling kanakkanak adalah bersih dan selamat.  Pemakanan ialah tentang nutrien (bahan dalam makanan yang menghasilkan tenaga dan menyumbang kepada pertumbuhan badan) dan diet (jenis makanan yang dimakan).  Keselamatan ialah tabiat dan amalan yang dapat mencegah kanak-kanak menimpa kecederaan sama ada di sekolah, luar sekolah, padang permainan termasuk makanan.  Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan hidup yang tinggi. a) Apakah yang menjadi tumpu...