KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK

Keselamatan
Tajuk ini akan membincang dengan mendalam tentang keselamatan kanak-kanak prasekolah. Tumpuan ialah beberapa jenis keselematan seperti keselamatan bangunan, keselamatan dalam bilik darjah, keselamatan luar bilik darjah, keselamatan barang permainan dan keselamatan diri.
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.
Penubuhan sesuatu prasekolah (sama ada taska atau tadika) memerlukan kelulusan Majlis Perbandaran Tempatan yang akan merujuk kepada pihak-pihak tempatan. Adalah penting untuk memastikan bahawa jalan keluar masuk prasekolah berkenaan terletak sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama jalan. Juga ia tidak terletak di kawasan sesak atau di jalan utama. Perlu ditentukan bahawa jiran-jiran tiada halangan berkaitan bunyi bising dan kesesakan lalulintas. Walau bagaimanapun, kelulusan bagi sesuatu prasekolah boleh di tarik balik atau dipertimbangkan semula jika terdapat aduan dari orang ramai dan jiran-jiran.
Asas keselamatan dalam bilik darjah dan juga diluar bilik darjah meliputi aspek keselamatan emosi dan keselamatan fizikal: Keselamatan Emosi – Penting untuk memastikan kanak-kanak bebas daripada perasaan negatif, takut, resah, ragu-ragu semasa berinteraksi dengan guru dan orang dewasa lain di sekolah. Keselamatan Fizikal – Pembahagian ruang mestilah seimbang bagi memudahkan pergerakan pelajar didalam kelas.
Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat dan kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap masa. Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan. (Tertakluk kepada keadaan bangunan).Kemudahan kebersihan, mesti menyediakan ; ‘elbow tap’.
Paling penting ialah pintu masuk ke kawasan bilik darjah hendaklah sentiasa ditutup dengan pagar geriji apabila kanak-kanak adalah di dalam kelas. Ruang diluar prasekolah haruslah dipagar dan hanya orang tertentu dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sentiasa menutup pagar tangga untuk menghalang kecederaan daripada jatuh tangga. Pastikan lubang di penghalang itu kecil supaya tidak melepasi kepala kanak-kanak. Jangan menggunakan pagar jenis 'accordian'. Adalah sangat penting semua longkang di laluan utama sekolah di tutup menggunakan simen dan bukan besi konkrit bagi mengelakkannya dicuri selain menjamin keselamatan murid. Pastikan kawasan permainan air di kosongkan jika tidak digunakan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak bersukan atau ketika bermain di taman permainan ialah:
 pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin
 pastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti luar
 tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak tidak cedera jika terjatuh.
 Pastikan tiada benda tajam yang menonjol
 Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan
 Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik
 alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.
 jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir. Ini kerana pasir boleh mencalarkan mata.
 semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. 
kanak-kanak  lebih terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya disebabkan beberapa faktor antaranya bentuk fizikal yang kecil, kognitif dan batasan sosial sekeliling mereka. Maka pendidikan keselamatan jalan raya amat penting. Adalah  mustahak diadakan kempen bagi mendidik murid mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya ekoran kurangnya kesedaran mengenai perkara itu oleh golongan tersebut.
Bagaimana Api bermula:
 Bahanapi adalah semua bahan boleh terbakar samada pepejal, cecair atau gas.
 Udara untuk bernafas adalah 21% oksigen. Api hanya perlu 16% Oksigen untuk membakar.
 Haba adalah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bahan api ke tahap pengewapan bagi membolehkan penyalaan.
TINDAKBALAS KIMIA – tindakbalas rantaian boleh berlaku bila ketiga – tiga elemen ini wujud. Kebakaran berlaku bila terdapat oksidasi yang pantas. Hapuskan salah satu elemen ini kebakaran tidak akan berlaku. Cara penggunaan pemadam api melalui 4 langkah yang diberi akronim PASS yang bermaksu dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Pull’, ‘Aim’, ‘Squeeze’ dan ‘Sweep’.
Guru prasekolah perlu mendedahkan kanak-kanak prasekolah tentang cara menjaga keselamatan sendiri, cara ini boleh membantu mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab. pendidikan keselamatan yang diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun, bukan hanya untuk mereka mengetahui tentang keselamatan diri masing-masing tetapi mengetahui mengenai anggota badan dan penghargaan terhadap diri sendiri serta penggunaan akal dan perasaan untuk menjaga keselamatan diri.
Cara berkenaan lebih memudahkan proses untuk anak-anak mencerap apa yang diajarkan kepada mereka dan kanak-kanak cepat memahami apa yang ingin disampaikan. Ibu bapa juga perlu gunakan pendekatan yang sama untuk mendidik kanak-kanak mengenai keselamatan diri.

 Pertolongan Cemas
Tajuk ini membincangkan tentang pertolongan cemas yang perlu diketahui guru prasekolah. Seperti pepatah, ‘Malang tak berbau’, guru prasekolah hendaklah sentiasa bersedia memberi bantuan kepada kanak-kanak yang mengalamai apa jua kecederaan sementara menunggu ketibaan ambulan atau pakar perubatan.
Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara tibatiba. Pertolongan cemas ialah bantuan diberikan sebelum ketibaan ambulan atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Pertolongan cemas diberikan untuk:
 Menyelamatkan nyawa
 Mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih buruk
 Mengurangkan kesakitan mangsa
Individu yang memberi pertolongan cemas boleh menyelamatkan nyawa seseorang atau mengurangkan kesakitan yang dialami serta mengelakkan kecederaan yang alami menjadi lebih teruk.
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik. Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paruparu dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian.
Luka lecur/bakar amat menyakitkan. Luka lecur/bakar yang disebabkan oleh haba adalah yang paling biasa berlaku. Bahan kimia tertentu juga boleh menyebabkan luka lecur/bakar. Arus elektrik pula boleh mendatangkan kecederaan lecur/bakar luaran dan dalaman.
Jatuh adalah antara kemalangan yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.  Mereka bermain mengikut kehendak naluri dengan tidak menimbangkan bahaya yang berada di hadapan mereka. Apatah lagi tubuh mereka yang kecil dan otot yang tidak kuat menyebabkan mereka agar sukar mengimbangkan badan.
PATAH merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Terkehel (Dislocation) bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa melibatkan kecederaan tulang.
Luka di mata ini berlaku apabila satu tamparan yang tepat dan tajam, terdapat serpihan logam, kaca dan batu-batu halus. Ia merupakan satu gejala yang serius. Sedikit geseran atau calar pada permukaan mata (kornea) membawa jangkitan atau parut yang boleh mengakibatkan penglihatan kabur. Luka yang tembus boleh merosakkan bebola mata dan membenarkan kandungan cecairnya yang jernih (humour) mengalir keluar.
Tekanan darah yang tinggi menyebabkan hidung berdarah. Gejala ini bahaya kerana ia menyebabkan mangsa kehilangan darah yang banyak Jika hidung berdarah diikuti dengan kecederaan kepala akan menghasilkan cecair dantidak pekat. Ini amat serius kerana terdapat kebocoran cecair ‘cerebrospinal’ dari keliling otak.
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
Kanak-kanak juga boleh pengsan bukan disebabkan oleh pitam tetapi kerana akibat daripada berlakunya gangguan di otak yang menyebabkan otak tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau kecederaan di bahagian otak. Setengah pengsan (drowsiness), mangsa mudah sedar. Sesetengah situasi mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Di dalam situasi lain pula, mangsa tidak sedar langsung (unconscious) dan tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung.
Walau pun keracunan dalam kalangan kanak-kanak berlaku di rumah, pihak prasekolah perlu juga mengetahui tentang masalah keracunan. Kanak-kanak adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Sumber racun yang biasa terdapat terdiri daripada minyak tanah, petrol, ubat-ubatan, racun serangga, racun rumpai, hahan pencuci, pengilat dan lain-lain.
Resusitasi Kardio Pulmonari atau dalam Bahasa Inggeris Cardio Pulmonary Resuscitation atau dengan singkat CPR ialah satu cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik bantuan pernafasan dan tekanan pada dada. Teknik bantuan pernafasan atau teknik mulut ke mulut diperkenalkan oleh Dr. James Elam dan Peter Safar manakala teknik tekanan dada (Cardiac Compression) diperkenalkan oleh Dr. Kounwenhoven. Kedua-dua teknik ini gabungkan dan diperkenalkan pada tahun 1973. CPR berdasarkan prinsip bahawa pengaliran darah beroksigen ke otak dipulihkan dengan segera menerusi pernafasan dan mampatan dada.
Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR