AKTIVITI MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK
Perkembangan
pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini
tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang
lebih awal (Atan Long, 1980).
Paul Eggan dan
Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan
kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan.
Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan
adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar,
menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa.
Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu
perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.
Pembelajaran
kanak-kanak kreatif boleh dibantu melalui tiga jenis program:
l )Pengasingan,
ii) Pemecutan
(acceleration)
iii) Pengayaan
Pengasingan dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada
rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan
istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada
kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima. Pengasingan
dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana
mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka.
Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang
tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada
bilik darjah mereka untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas
untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang
lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan
dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu
merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat
berbanding rakan sebaya.
Penggayaan program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman
pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan
seperti lawatan kemuzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh
merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumatyang
lebih mendalam tentang sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara
bersendirian. Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini,
kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin
dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi
anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin
menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang
yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi
yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap
daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan
dengan baik.
Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan
interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. boleh
dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan
kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Secara tidak langsung,
aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka
untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Program
sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak di samping meningkatkan
sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka. Gardner(1993)
menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat
awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik
bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang
berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili
setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan
peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka
fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk
berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya memperkembangkan
daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing.
Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan.
Aktiviti bahasa
isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak
tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti
kanak-kanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau
haiwan dalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap
perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga
memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan.
Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan
aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan,
kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self
Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam
meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej
yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis,
kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu
menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas.
Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat
di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang
memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. .
Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti
berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas),
kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi
sosial, keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar
jangka.
Aktiviti lawatan, Menurut Gardner
(1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang
untuk merangsang kreativiti. Peluang perlu diwujudkan kepada pelajar meneroka
aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar.
Aktiviti temubual dan
perjumpaan bersama tokoh dan idola. Pengalaman ini akan membantu pelajar
mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran
kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi
yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan
sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.
Menurut
Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui
cara-cara berikut:
a. Pendedahan
awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah
mengalah.
b. Memberi peluang
untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang
diceburi.
c. Menyediakan
persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap
kecemerlangan.
d. Membentuk
hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
e. Menyediakan
persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi
terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
Ulasan
Catat Ulasan