Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

AKTIVITI MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.           Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Pembelajaran kanak-kanak kreatif  boleh dibantu melalui tiga jenis program: l )Pengasingan, ii) Pemecutan (acceleration) iii) Pengayaan Pengasingan dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka dised

PERANAN IBU BAPA DALAM PEBENTUKKAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Pembentukan anak yang baik terletak di bahu dan menjadi tanggungjawab bagi setiap ibu bapa. Kejayaan ibu bapa mendidik dan membentuk anak yang berbudi pekerti sebenarnya banyak bergantung kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh ibu bapa. Sikap keibubapaan amat mempengaruhi pengalaman dan perkembangan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa kelak. Anak yang berperibadi baik terbentuk melalui proses sosialisasi iaitu mereka mempelajari budaya ibu bapa dan keluarganya. Menurut Jayaletchumi et al. (2002), anak-anak akan diterapkan dengan nilai, norma, status dan peranan yang wujud dalam sesebuah keluarga. Dari perspektif Islam, keibubapaan dilihat sebagai penetapan status atau nasab yang wujud diantara ibu bapa dengan anak yang mana merangkumi aspek menunaikan hak dan tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak. Peranan gaya keibubapaan yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa amat penting sekali untuk membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan mengelakkan daripad

IMAGINASI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

PENGENALAN Imaginasi adalah bayangan yang dibuat oleh fikiran dan mempunyai kuasa yang sangat kuat. Kuasa tersebut disambung ke minda untuk membayangkan sesuatu. Pengimejan dan menggambaran berkait rapat antara satu sama lain untuk menghasilkan sesuatu imaginasi.Proses imaginasi ini melibatkan pemikiran dan perkara yang kita lihat  atau dengar. Kanak-kanak memerlukan imaginasi untuk membantu proses pembesaran mereka.Imaginasi memberi impak yang besar kepada kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan, Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Beri galakan dan sokongan kepada kanak-kanak disamping itu mengawasi imaginasi yang mereka lakukan itu berlandaskan budaya setempat dan tidak berte

KEPENTINGAN AKTIVITI SENI DAN KRAF UNTUK KANAK-KANAK

Imej
Aktiviti seni dan kraf adalah salah satu aktiviti yang baik dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka akan berfikir dan berimaginasi tentang apakah kraf yang akan mereka lakukan dan ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Bukan itu sahaja! Banyak lagi yang mereka belajar dari aktiviti sebegini. Ada yang tidak pernah pun membenarkan anak-anak mewarna menggunakan warna air dan bebas melukis di atas kertas. Ibu bapa mungkin khuatir anak-anak akan membuat sepah. Namun bukankah kita boleh masukkan nilai-nilai murni seperti mengemas selepas menggunakannya dan menjadikannya syarat jika mahu menggunakan warna air. Berikut adalah kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti seni dan kraf: 1. Skil Komunikasi . Ketika anak melukis atau mewarna, mereka pasti akan berkomunikasi dengan orang sekelilingnya bagi membantunya melaksanakan aktiviti tersebut. Mereka akan menyebut warna yang akan digunakan, menyatakan bentuk yang akan dilukis atau pun memberikan idea di manakah akan di

AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK

Imej
TELUR TERAPUNG Bahan-bahan: ü       2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus) ü       Air paip ü       Garam ü       2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar Cara-caranya: a)    Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas. b)   Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan. c)    Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut. d)   Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.  e)   Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi. Hasilnya:   Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas. Mengapa fenomena ini terjadi? Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan,  telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebih

HYPERAKTIF

   Hiperaktif merupakan salah satu gangguan perkembangan yang terjadi pada anak, di mana anak tidak bisa memusatkan perhatian dan berperilaku hiperaktif. Penyebab gangguan ini belum diketahui sampai sekarang, namun ada bukti bahwa faktor biologis, genetika, lingkungan, dan karakter keluarga berperan dalam pembentukan ADHD. Gejala ADHD sudah tampak sebelum anak berusia 2 tahun atau juga di atas 7 tahun. Gejala yang tampak terjadi pada anak usia di bawah 2 tahun berupa tingkah laku yang tidak teratur, melempar-lempar sesuatu, atau melakukan sesuatu yang tidak ada tujuannya. Gejala ADHD biasanya tampak baik di rumah maupun di sekolah dengan bukti kelemahan mencolok dalam hal fungsi pekerjaan, akademik, atau sosial. Sekitar 30-80% ADHD akan menetap sampai remaja dan sekitar 65% menetap sampai dewasa.    Tidak semua penyandang hiperaktif termasuk anak autisme. Begitu juga sebaliknya, tidak semua penyandang autisme adalah hiperaktif. Perbedaan antara autisme dan ADHD adalah ADH

LEMBAM

Definisi Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.      Ciri - ciri: Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. Sukar menerima arahan. Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar. Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis. Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. Perbendaharaan kat

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan yang biasa, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala sesuatu organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi berlaku.   Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan s

KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar menjadi salah satu pelengkap untuk membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini mampu membantu pelajar meningkatkan daya rangsangan ketika belajar. Pelbagai bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar, bukan sahaja buku teks, gambar-gambar atau papan hitam malah terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai kebaikannya tersendiri bagi pelajar dan guru. Kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat merangsang minda pelajar untuk belajar. Di sekolah penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar memang tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah penggunaan buku teks ini mampu merangsang minda para pelajar. Hal ini kerana, di dalam buku teks terlalu banyak kandungan ayat sehingga boleh menimbulkan rasa bosan dalam di

KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK

Keselamatan Tajuk ini akan membincang dengan mendalam tentang keselamatan kanak-kanak prasekolah. Tumpuan ialah beberapa jenis keselematan seperti keselamatan bangunan, keselamatan dalam bilik darjah, keselamatan luar bilik darjah, keselamatan barang permainan dan keselamatan diri. Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia. Penubuhan sesuatu prasekolah (sama ada tas

KESIHATAN UNTUK KANAK-KANAK

Imej
Bab 1: Pengenalan  Pendekatan holistik memperlihatkan kanak-kanak secara holistik yang merupakan individu yang sihat, mendapat makanan yang mencukupi dan seimbang, dan selamat daripada apa jua kecederaan.  Kesihatan ialah kesejahteraan seseorang yang meliputi aspek fizikal, mental dan sosial dan tidak terhad kepada ketiadaan penyakit atau keuzuran.  Para pendidik dan ibu bapa mesti menentukan bahawa keadaan sekeliling kanakkanak adalah bersih dan selamat.  Pemakanan ialah tentang nutrien (bahan dalam makanan yang menghasilkan tenaga dan menyumbang kepada pertumbuhan badan) dan diet (jenis makanan yang dimakan).  Keselamatan ialah tabiat dan amalan yang dapat mencegah kanak-kanak menimpa kecederaan sama ada di sekolah, luar sekolah, padang permainan termasuk makanan.  Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan hidup yang tinggi. a) Apakah yang menjadi tumpu