KOLEJ UNITI KOTA BHARU

KOTA BHARU

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Nama yang diberi ialah Nur Ain Fatihah Binti Zuhari. Berusia 20 Tahun. Saya dilahirkan pada tanggal 8. April. 1998 di Hospital Pasir Mas, Kelantan. Saya dibesarkan di Bentong, Pahang selama 15 Tahundan berpindah ke Kelantan pada usia 16 Tahun. Pada awalnya, saya bersekolah di SMK Kuala Repas, Bentong, Pahang dan bertukar ke Kolej Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang. Saya sempat belajar selama 3 bulan dan berhenti atas sebab-sebab tertentu dan kemudian saya menyambung pengajian saya ke Tingkatan 5 di SMK Meranti, Pasir Mas, Kelantan. Saya merupakan anak pertama daripada 4 adik beradik iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan. Hobi saya lebih kepada melayari internet dan suka bersiar-siar. Makanan dan minuman kegemaran saya pula lebih kepada masakan kampung, western food, dan minuman bercoklat.


Saya telah mendapat tawaran untuk ke KOLEJ UNITI KOTA BHARU pada mulanya dikenali sebagai KOLEJ JAIPUTRA pada tahun 2016 dan saya telah berminat untuk menjadi salah seorang pelajar kolej tersebut serta kos yang ditawarkan pun menarik. Saya mendaftar pada 16. Mei. 2016 dan di sinilah saya bermula hidup sebagai seorang pelajar kolej dan berdikari serta mula berjauhan dengan keluarga buat kali kedua. Ibu dan bapa saya banyak memberikan semangat untuk terus saya sambung belajar dan mendapat apa yang saya inginkan serta dapat membalas jasa yang telah mereka curah kan untuk saya dari saya kecil sehingga saya besar.


Bermula di KOLEJ UNITI KOTA BHARU saya dapat mengenali rakan-rakan yang datang dari pelbagai negeri serta kerenah yang berbeza-beza. Selain itu, banyak pengalaman yang saya dapat bila berada di kolej ini. Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) banyak membantu saya mempelajari dan  mengurus kanak-kanak dengan betul. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam dalam bidang PAKK. Sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar dan mengasuh, saya akan menggunakan ilmu-ilmu yang saya perolehi sebaik mungkin. Sekian sahaja cerita saya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR