JEAN PIAGET ( 1896 - 1980 )

Jean piaget merupakan seorang saintis swiss yang paling terkenal dan berpengaruh dalam pebentukkan teori yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak. Beliau terkenal dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak yang diasaskan berdasarkan kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri. Kajiannya berkaitan dengan perbentukkan konsep, pemikiran dan pembelajaran.

Pandangan Beliau Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Piaget menjelaskan 3 cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.

Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan ialah contoh-contoh pengetahuan yang diprolehi dengan cara sedemikian.

Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diprolehi melalui penerokaan deria fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama, keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran.

Ketiga, melalui logical-mathematic yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

Antara Sumbangan Piaget Yang Menjadi Amalan Pendidikan Masa Kini.

Teori perkembangan kognitif yang menekanan peringkat deria motor, praoperasi, konkrit dan formal. Selain itu, teori konstruktivism menitikberatkan kecerdasan kanak-kanak berkembang melalui pembelajaran yang aktif. Aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan pengalaman bagi membentuk struktur mental.

Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui interaksi dan penyesuaian dengan persekitaran. Perkembangan adalah proses berterusan dan hasil kematangan. Dan akhir sekali, mengelakkan pembelajaran aktif melaui objek konkrit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR