JEAN PIAGET ( 1896 - 1980 )
Jean piaget merupakan seorang saintis swiss yang paling terkenal dan berpengaruh dalam pebentukkan teori yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak. Beliau terkenal dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak yang diasaskan berdasarkan kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri. Kajiannya berkaitan dengan perbentukkan konsep, pemikiran dan pembelajaran. Pandangan Beliau Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Piaget menjelaskan 3 cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan ialah contoh-contoh pengetahuan yang diprolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diprolehi melalui penerokaan deria fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama, keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman den